Khamis, 25 Julai 2013

SUKU KAUM DI SABAH

       

Kewujudan orang-orang Bugis Wajo bersama-sama masyarakat Melayu lain di Tawau seperti orang orang Tidung, Suluk dan Bajau bersama pemimpin mereka sejak kolonial lagi. Mereka diminta oleh British Borneo mengusahakan tanaman kelapa di Tawau Lama. Menetap dan berkahwin dengan gadis tempatan seperti Suluk dan Tidung. Mereka tidak lagi bertutur bahasa Bugis atau mengamalkan adat Bugis sebaliknya bertutur dan mengamalkan cara hidup Melayu tempatan. Oleh itu, mereka telah menganggap diri mereka adalah orang Melayu tempatan.  

Kaum Kadazan Dusun  merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah dan berasal daripada Indo-China. Kaum etnik ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam  tradisional. Terdapat 27 suku kaum di dalamnya. Antaranya ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun, Rungus, Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo, dan sebagainya.
Kadazan Dusun membentuk 30 peratus populasi Sabah  yang terdiri daripada dua kaum, Kadazan dan Dusun  digabungkan bersama kerana berkongsi bahasa dan  budaya yang serupa. Bagaimanapun, bezanya etnik Kadazan tinggal di kawasan  lembah dan secara tradisi terlibat dalam   penanaman padi, sementara etnik Dusun tinggal di kawasan pergunungan di pedalaman Sabah.
     Kaum Bajau merangkumi 15 peratus populasi penduduk negeri ini. Mereka asalnya adalah keturunan pelaut yang menyembah Omboh Dilaut (Tuhan Laut) dan sering dikenali sebagai gipsi laut. Ada yang telah meninggalkan kehidupan di laut dan menjadi peladang serta penternak. Mereka pula dikenali sebagai ‘Koboi Timur’ kerana kepakaran mereka menunggang kuda. Terdapat pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Bajau seperti Ilanun, Sulu dan sebagainya. Kebanyakan masyarakat Bajau  mendiami  kawasan Semporna dan Kota Belud.  Kaum lelaki dalam kalangan  masyarakat ini terkenal sebagai penunggang kuda yang mahir.
Adat resam kelahiran antara masyarakat Bajau dengan masyarakat Melayu di Semenanjung terdapat banyak persamaan di mana adat seperti berpantang, menempah bidan dan melenggang perut juga dilaksanakan oleh masyarakat tersebut. Ini kerana kebanyakan masyarakat Bajau di Sabah adalah beragama Islam. 

       Kaum Murut merangkumi  tiga peratus populasi penduduk negeri ini. Secara tradisi, mereka menduduki kawasan  pedalaman di utara Borneo. Mereka juga adalah antara etnik Sabah terakhir untuk membuang amalan memburu kepala. Kini, mereka penanam padi huma dan ubi kayu, sambil memburu menggunakan sumpitan dan menangkap ikan. Kebanyakan kaum  pribumi di Sabah, pakaian tradisi mereka turut dihiasi dengan hasil seni manik yang menari.
        Kaum Tidung adalah suku kaum rumpun Melayu yang banyak terdapat di bahagian tenggara Sabah iaitu sekitar daerah Tawau dan Sebatik. Antara suku kaum Melayu Tidung begitu dikenali di Tawau ialah Tidung Apas, Tidung Indrasabah, Tidung Membalua, Tidung Merotai dan Tidung Kalabakan. Terdapat juga ramai suku kaum Tidung di beberapa kawasan di Sandakan seperti di Beluran.
Mereka adalah etnik Muslim dan menggunakan bahasa Melayu untuk berkomunikasi dengan entiti masyarakat lain di sekitarnya seperti masyarakat Bolongan ( Tanjung Selor), masyarakat Banjar ( Banjarmasin ), masyarakat Kutai dan masyarakat Berau yang merupakan penghuni. 
        Bugis Sabah adalah merujuk kepada individu yang dilahirkan daripada keturunan orang Bugis di sebelah bapanya serta berketurunan Bugis juga di sebelah ibunya yang tinggal di Sabah, Malaysia. Di Sabah, bangsa Bugis telah menjadi salah satu kumpulan masyarakat yang terbesar hingga kini. Ini adalah rangkuman daripada jumlah rakyat Indonesia berbangsa Bugis dan juga golongan bangsa Bugis yang telah menjadi sebahagian warganegara Malaysia di Sabah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan