Jumaat, 26 Julai 2013


PERAYAAN KAAMATAN

"Bulan Lima” merupakan “bulan cuti” dan “bulan keramaian” di Sabah. Sesungguhnya, banyak acara dianjurkan untuk orang ramai bergembira dan bersukaria pada bulan ini. Perayaan utama pada bulan Mei di Sabah ialah tidak lain dan tidak bukan Pesta Kaamatan. Pesta ini bermula pada setiap 1 Mei, di mana dilakukan pelancaran Pesta Kaamatan. Hari tersebut amat signifikan kerana ia merupakan hari cuti awam, sempena “Hari Buruh”.
Selepas sahaja dilancarkan maka bergemalah paluan gong di merata tempat di Sabah di mana siri perayaan Kaamatan di semua daerah, dan malah dihampir semua kampung, khusus di mana penduduk majoritinya ialah Kadazandusun.
Setiap Sabtu dan Ahad sudah habis diperuntukkan untuk sambutan perayaan tersebut. Sudah tentunya, acara kemuncak perayaan ini ialah pada 30 dan 31 Mei,yang dipanggil perayaan tadau kaamatan  yang mana telah diwartakan oleh Kerajaan Negeri Sabah sebagai cuti umum. Pada dua hari inilah sambutan-sambutan kecil di kampung-kampung dan sederhana di daerah-daerah digerakkan ke arah sambutan kemuncaknya di satu pusat tertentu. Di sinilah diadakan acara sukaneka, pameran, pertunjukan tarian, pertandingan “sugandai Kaamatan” dan paluan gong yang tidak terhingga meriahnya. Perayaan Tadau Kaamatan ini di sambut selama dua hari berturut- turut bagi   melakukan upacara ‘magavau’ iaitu memuja semangat padi yang di ketuai oleh ‘bobolian’. Pada hari kedua pula diadakan pula upacara seperti ‘humabot’, ‘momolobok’ dan ‘moginakan’ sebagai tanda kesyukuran dan pemujaan suci. Selain itu tetamu turut di hiburkan dengan beberapa persembahan seperti ‘sumazau’, ‘magunatip’ sambil menikmati hidangan berasaskan beras hasil tani dan ternakan.
 Acara kemuncaknya pula ialah Pertandingan Ratu Unduk Ngadau, di mana gadis-gadis ayu dan jelita Kadazandusun dari semua daerah diketengahkan untuk diadili dari segi keayuan,kesopanan, kecerdasan dan kesergahan pakaian tradisi yang dipakai.Ratu “Unduk Ngadau Kaamatan”, yang mendapat inspirasi dari legenda “Huminundun” (bermaksud “yang berkorban”) akan seterusnya menjadi satu “icon” kebanggaan Negeri Sabah secara keseluruhanya. Jika tradisi budaya Kadazandusun diteliti, gadis Kadazandusun yang bergelar “Unduk Ngadau” ini merupakan “kombura tolundu”, gadis yang “outstanding” di kalangan ribuan gadis atau wanita Kadazandusun. Sebenarnya “Unduk Ngadau”itu berasal dari perkataan “runduk tadau”, yang bermakna “gadis yang dimahkotakan sinaran cahaya matahari”. Ia menggambarkan ciri-ciri seorang gadis jati Kadazandusun yang terserlah kejelitaan, keayuan, kesopanan, kecerdasan, kemuliaan, kekudusannya yang dilihat sebagai “role model” (idola) dan sumber harapan kepada komuniti Kadazandusun secara keseluruhannya. Sesungguhnya, maksud tersirat di sebalik “Unduk Ngadau” itu adalah sama signifikannya dengan gelaran “Huguan Siou” kerana kedua-duanya dilihat sebagai “icon”, idola dan sumber kekuatan masyarakat kadazandusun.
Beginilah indahnya sambutan Pesta Kaamatan yang dianjurkan setiap tahun, terutamanya sejak Sabah mencapai kemerdekaan pada tahun 1963.Inilah berkat kemerdekaan. Dengan kemerdekaan kini rakyat Sabah merasa selamat dan makmur, dan, dengan suasana aman-damai, mereka sudah tentunya mempunyai masa untuk menganjurkan dan merayakan acara-acara keramaian. Sudah pasti rakyat Sabah semuanya seronok dengan pesta ini yang mana turut menarik perhatian bukan sahaja di kalangan rakyat Malaysia secara keseluruhan tetapi juga dapat menarik ramai pelancong dalam dan luar negeri untuk datang ke Sabah-Negeri di Bawah Bayu untuk menyaksikan keramaian pesta iniBerbalik kepada istilah “kaamatan”, ia sebenarnya berasal dari perkataan “omot” atau “kotu”, yang seterusnya menjadi “kaamatan” atau “kokotuan”. Sesungguhnya ia menandakan tanda kesyukuran masyarakat Kadazandusun terhadap limpahan kurnia Yang Mahakuasa terhadap hasil tuaian padi pada musim tersebut.Kaamatan ini seringkali dirujuk dan berkisar kepada acara sukaria selepas menuai padi. Ianya berkaitrapat dengan kegiatan sosio-ekonomi “agrarian” komuniti Kadazandusun yang secara tradisinya menaman padi.  

REGATA LEPA

REGATA LEPA


Kepada kaum Bajau Semporna, 'Lepa' (sejenis bot) banyak kegunaannya dalam kehidupan harian. Bot ini digunakan untuk menangkap ikan dan kenderaan harian. Ia juga digunakan sewaktu upacara perkahwinan dan persembahan kebudayaan. Kehidupan unik berteraskan lepa ini dipusakai turun-temurun hingga kini.

Daerah Semporna, Sabah menyambut Perayaan Regatta Lepa setiap tahun pada bulan April. Lepa merupakan suatu perkara yang penting dalam kehidupan kaum Bajau sejak zaman dahulu. Perayaan Regatta Lepa merupakan tapak untuk memperkenalkan dan mempromosi seni, budaya dan adat kaum Bajau yang berwarna-warni. Setiap tahun pengunjung akan berpeluang melihat sendiri keunikan pembuatan bot Lepa yang cantik disulami dengan tarian dan muzik yang dimainkan di atas bot lepa. 

Regatta Lepa merupakan acara tahunan untuk semua peminat, pengusaha dan penggiat seni-budaya Bajau dan Lepa berkumpul. Melalui perayaan ini, kaum Bajau yang berada di merata tempat termasuk di pulau-pulau akan bertemu, bersosial dan bertanding. Pertandingan utama adalah merebut gelaran 'Lepa Tercantik'.

Perayaan ini memakan masa 2 hingga 3 hari. Bayangkan di tepi pantai terdapat ratusan Lepa yang dihias cantik dengan segala macam renda, payung, sambulayang berwarna-warni, pakaian tradisi, persembahan kebudayaan dan pertandingan acara laut. Semua lepa-lepa ini akan beratur sambil bergerak perlahan dihadapan pentas yang disediakan untuk para hakim dan orang kenamaan untuk menilai dan memilih pemenang. Pemenang akan dipilih berdasarkan kecantikan Lepa dan tarian yang dipersembahkan.

Aktiviti sambutan Regatta Lepa dibahagikan kepada 2 kawasan utama iaitu 'Acara Laut' di tepi pantai dan 'Pentas Budaya' dan pameran di Padang Pekan Semporna. Pada sebelah malamnya pula, pengunjung berpeluang untuk menyaksikan persembahan kebudayaan tempatan sambil diselang-selikan dengan nyanyian artis tempatan dan nasional. Pertunjukan bunga-api turut mewarnai langit Semporna pada malam tersebut.

LEPA: Dalam bahasa kaum Bajau Pantai Timur Sabah bermaksud 'bot'. Ia dipercayai berasal dari kamuniti nelayan yang menetap di Pulau Bum-Bum Semporna pada satu ketika dahulu.

Regatta Lepa: Merupakan perayaan tahunan Daerah Semporna sejak tahun 1994. Regatta Lepa mula diperkenalkan pada tahun 1994 sebagai perayaan peringkat daerah dan kemudiannya diiktiraf menjadi perayaan peringkat negeri Sabah. Pada tahun 2003 Regatta Lepa telah dimasukkan ke dalam kalendar 'Pesta Air Malaysia' dan kini Regatta Lepa merupakan salah-satu acara tahunan Malaysia.

Daerah sunyi Semporna akan bergemerlapan dan berpesta apabila menyambut Regatta Lepa. Di sepanjang jalan 'Sambulayang' akan menghiasi pandangan disamping pemidang dan iklan yang berwarna-warni. Bot-bot Lepa akan berlabuh disepanjang pantai Semporna dan menghiburkan pengunjung dengan pelbagai tarian, nyanyian dan muzik. Setiap bot lepa akan dihiasi dengan 'sambulayang'. 'panji-panji', tipas-tipas' dan renda. Perayaan ini mengundang ribuan pengunjung dari dalam dan luar negeri saban tahun.

Acara-acara lain disepanjang perayaan ini termasuklah acara 'lumba kelle-kelle', tarik-tali lepa, lumba renang dan menangkap itik. Pada sebelah malamnya pula, pertunjukan 'pentas budaya' akan diadakan di Padang Pekan Semporna. Datanglah dan saksikan sendiri perayaan hebat ini! 


PERAYAAN


PERAYAAN DI SABAH

"Bulan Lima” merupakan “bulan cuti” dan “bulan keramaian” di Sabah. Sesungguhnya, banyak acara dianjurkan untuk orang ramai bergembira dan bersukaria pada bulan ini. Perayaan utama pada bulan Mei di Sabah ialah tidak lain dan tidak bukan Pesta Kaamatan. Pesta ini bermula pada setiap 1 Mei, di mana dilakukan pelancaran Pesta Kaamatan. Hari tersebut amat signifikan kerana ia merupakan hari cuti awam, sempena “Hari Buruh”.
Selepas sahaja dilancarkan maka bergemalah paluan gong di merata tempat di Sabah di mana siri perayaan Kaamatan di semua daerah, dan malah dihampir semua kampung, khusus di mana penduduk majoritinya ialah Kadazandusun.
Setiap Sabtu dan Ahad sudah habis diperuntukkan untuk sambutan perayaan tersebut. Sudah tentunya, acara kemuncak perayaan ini ialah pada 30 dan 31 Mei,yang dipanggil perayaan tadau kaamatan  yang mana telah diwartakan oleh Kerajaan Negeri Sabah sebagai cuti umum. Pada dua hari inilah sambutan-sambutan kecil di kampung-kampung dan sederhana di daerah-daerah digerakkan ke arah sambutan kemuncaknya di satu pusat tertentu. Di sinilah diadakan acara sukaneka, pameran, pertunjukan tarian, pertandingan “sugandai Kaamatan” dan paluan gong yang tidak terhingga meriahnya. Perayaan Tadau Kaamatan ini di sambut selama dua hari berturut- turut bagi   melakukan upacara ‘magavau’ iaitu memuja semangat padi yang di ketuai oleh ‘bobolian’. Pada hari kedua pula diadakan pula upacara seperti ‘humabot’, ‘momolobok’ dan ‘moginakan’ sebagai tanda kesyukuran dan pemujaan suci. Selain itu tetamu turut di hiburkan dengan beberapa persembahan seperti ‘sumazau’, ‘magunatip’ sambil menikmati hidangan berasaskan beras hasil tani dan ternakan.
 Acara kemuncaknya pula ialah Pertandingan Ratu Unduk Ngadau, di mana gadis-gadis ayu dan jelita Kadazandusun dari semua daerah diketengahkan untuk diadili dari segi keayuan,kesopanan, kecerdasan dan kesergahan pakaian tradisi yang dipakai.Ratu “Unduk Ngadau Kaamatan”, yang mendapat inspirasi dari legenda “Huminundun” (bermaksud “yang berkorban”) akan seterusnya menjadi satu “icon” kebanggaan Negeri Sabah secara keseluruhanya. Jika tradisi budaya Kadazandusun diteliti, gadis Kadazandusun yang bergelar “Unduk Ngadau” ini merupakan “kombura tolundu”, gadis yang “outstanding” di kalangan ribuan gadis atau wanita Kadazandusun. Sebenarnya “Unduk Ngadau”itu berasal dari perkataan “runduk tadau”, yang bermakna “gadis yang dimahkotakan sinaran cahaya matahari”. Ia menggambarkan ciri-ciri seorang gadis jati Kadazandusun yang terserlah kejelitaan, keayuan, kesopanan, kecerdasan, kemuliaan, kekudusannya yang dilihat sebagai “role model” (idola) dan sumber harapan kepada komuniti Kadazandusun secara keseluruhannya. Sesungguhnya, maksud tersirat di sebalik “Unduk Ngadau” itu adalah sama signifikannya dengan gelaran “Huguan Siou” kerana kedua-duanya dilihat sebagai “icon”, idola dan sumber kekuatan masyarakat kadazandusun.
Beginilah indahnya sambutan Pesta Kaamatan yang dianjurkan setiap tahun, terutamanya sejak Sabah mencapai kemerdekaan pada tahun 1963.Inilah berkat kemerdekaan. Dengan kemerdekaan kini rakyat Sabah merasa selamat dan makmur, dan, dengan suasana aman-damai, mereka sudah tentunya mempunyai masa untuk menganjurkan dan merayakan acara-acara keramaian. Sudah pasti rakyat Sabah semuanya seronok dengan pesta ini yang mana turut menarik perhatian bukan sahaja di kalangan rakyat Malaysia secara keseluruhan tetapi juga dapat menarik ramai pelancong dalam dan luar negeri untuk datang ke Sabah-Negeri di Bawah Bayu untuk menyaksikan keramaian pesta iniBerbalik kepada istilah “kaamatan”, ia sebenarnya berasal dari perkataan “omot” atau “kotu”, yang seterusnya menjadi “kaamatan” atau “kokotuan”. Sesungguhnya ia menandakan tanda kesyukuran masyarakat Kadazandusun terhadap limpahan kurnia Yang Mahakuasa terhadap hasil tuaian padi pada musim tersebut.Kaamatan ini seringkali dirujuk dan berkisar kepada acara sukaria selepas menuai padi. Ianya berkaitrapat dengan kegiatan sosio-ekonomi “agrarian” komuniti Kadazandusun yang secara tradisinya menaman padi.  

Khamis, 25 Julai 2013

MAKANAN TRADISIONAL SABAH

 buras


 Nasi kuningKIMA PEDAS                               ASAM PEDAS  BUGIS AMBUYAT


Pakaian Tradisional Sabah
Di Sabah terdapat pelbagai suku kaum, iaitu Bajau, Lotud, Irranun, Kadazan, Murut, Rungus, dan lain-lain.Perbezaan di antara berbagai-bagai suku kaum tersebut adalah dari segi bahasa, ugama, adat istiadat, corak dan pegangan hidup termasuklah pakaian tradisi mereka.
Bajau
Pakaian tradisional suku Kaum Bajau. Wanita menggayakan blaus badu sampit dan kain sarung olos berangkit, perhiasan leher mandapun dan perhiasan kepala sarempak. Lelaki Bajau menggayakan baju potongan Cekak Musang, seluar, samping dan destar.Orang Bajau, (juga ditulis sebagai Badjao, Badjaw atau Badjau) adalah sebuah kumpulan etnik pribumi dari Malaysia dan Filipina Selatan serta diiktiraf sebagaikumpulan etnik kedua terbesar di negara bahagian Sabah.











Kadazan 
Pakaian istiadat masyarakat Kadazan dari Penampang. Lelakinya memakai baju gaung, seluar souva, bengkung toogot dan pakain kepala yang disebut siga. Wanita memakai baju pendek sinuangga, kain labuh tetapi dan selendang batik dilengkapi tali pinggang himpogot.

Baju tradisional suku kaum Kadazan daerah Papar. Baju fabrik baldu hitam berhias renda kuning keemasan. Lelaki memakai pakaian kepala sigal dari kain destar dan wanita memakai siung dari anyaman buluh halus bermotifkan geometrik etnik Sabah. Perhiasan diri gelang tangan dan tali pinggang






Murut
Pakaian Adat suku kaum Murut. Lelaki memakai jaket barbaru dan cawat dari kulit kayu puputul yang dilukis dengan motif dari manik atau warna. Perhiasan kepalanya tupi sinulatan juga dari kulit kayu. Wanita menggayakan pakaian pinongkolo dari kain kapas berhiaskan motif sarat dari manik-manik berwarna-warni. Perhiasan diri juga dari manik seperti rantai rarangkol dan hiasan kepala salupai. Orang Murut adalah sebuah kumpulan etnik pribumi yang mendiami wilayah utara pedalaman Kalimantan. Sebahagian besar masyarakat Murut adalah di pedalaman barat daya Sabah, Malaysia timur, khususnya daerah Keningau, Tenom dan Nabawan Pensiangan, sepanjang Sapulut dan Sungai Padas.





SUKU KAUM DI SABAH

       

Kewujudan orang-orang Bugis Wajo bersama-sama masyarakat Melayu lain di Tawau seperti orang orang Tidung, Suluk dan Bajau bersama pemimpin mereka sejak kolonial lagi. Mereka diminta oleh British Borneo mengusahakan tanaman kelapa di Tawau Lama. Menetap dan berkahwin dengan gadis tempatan seperti Suluk dan Tidung. Mereka tidak lagi bertutur bahasa Bugis atau mengamalkan adat Bugis sebaliknya bertutur dan mengamalkan cara hidup Melayu tempatan. Oleh itu, mereka telah menganggap diri mereka adalah orang Melayu tempatan.  

Kaum Kadazan Dusun  merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah dan berasal daripada Indo-China. Kaum etnik ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam  tradisional. Terdapat 27 suku kaum di dalamnya. Antaranya ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun, Rungus, Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo, dan sebagainya.
Kadazan Dusun membentuk 30 peratus populasi Sabah  yang terdiri daripada dua kaum, Kadazan dan Dusun  digabungkan bersama kerana berkongsi bahasa dan  budaya yang serupa. Bagaimanapun, bezanya etnik Kadazan tinggal di kawasan  lembah dan secara tradisi terlibat dalam   penanaman padi, sementara etnik Dusun tinggal di kawasan pergunungan di pedalaman Sabah.
     Kaum Bajau merangkumi 15 peratus populasi penduduk negeri ini. Mereka asalnya adalah keturunan pelaut yang menyembah Omboh Dilaut (Tuhan Laut) dan sering dikenali sebagai gipsi laut. Ada yang telah meninggalkan kehidupan di laut dan menjadi peladang serta penternak. Mereka pula dikenali sebagai ‘Koboi Timur’ kerana kepakaran mereka menunggang kuda. Terdapat pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Bajau seperti Ilanun, Sulu dan sebagainya. Kebanyakan masyarakat Bajau  mendiami  kawasan Semporna dan Kota Belud.  Kaum lelaki dalam kalangan  masyarakat ini terkenal sebagai penunggang kuda yang mahir.
Adat resam kelahiran antara masyarakat Bajau dengan masyarakat Melayu di Semenanjung terdapat banyak persamaan di mana adat seperti berpantang, menempah bidan dan melenggang perut juga dilaksanakan oleh masyarakat tersebut. Ini kerana kebanyakan masyarakat Bajau di Sabah adalah beragama Islam. 

       Kaum Murut merangkumi  tiga peratus populasi penduduk negeri ini. Secara tradisi, mereka menduduki kawasan  pedalaman di utara Borneo. Mereka juga adalah antara etnik Sabah terakhir untuk membuang amalan memburu kepala. Kini, mereka penanam padi huma dan ubi kayu, sambil memburu menggunakan sumpitan dan menangkap ikan. Kebanyakan kaum  pribumi di Sabah, pakaian tradisi mereka turut dihiasi dengan hasil seni manik yang menari.
        Kaum Tidung adalah suku kaum rumpun Melayu yang banyak terdapat di bahagian tenggara Sabah iaitu sekitar daerah Tawau dan Sebatik. Antara suku kaum Melayu Tidung begitu dikenali di Tawau ialah Tidung Apas, Tidung Indrasabah, Tidung Membalua, Tidung Merotai dan Tidung Kalabakan. Terdapat juga ramai suku kaum Tidung di beberapa kawasan di Sandakan seperti di Beluran.
Mereka adalah etnik Muslim dan menggunakan bahasa Melayu untuk berkomunikasi dengan entiti masyarakat lain di sekitarnya seperti masyarakat Bolongan ( Tanjung Selor), masyarakat Banjar ( Banjarmasin ), masyarakat Kutai dan masyarakat Berau yang merupakan penghuni. 
        Bugis Sabah adalah merujuk kepada individu yang dilahirkan daripada keturunan orang Bugis di sebelah bapanya serta berketurunan Bugis juga di sebelah ibunya yang tinggal di Sabah, Malaysia. Di Sabah, bangsa Bugis telah menjadi salah satu kumpulan masyarakat yang terbesar hingga kini. Ini adalah rangkuman daripada jumlah rakyat Indonesia berbangsa Bugis dan juga golongan bangsa Bugis yang telah menjadi sebahagian warganegara Malaysia di Sabah.